Peraturan Permainan

Peraturan permainan ini merupakan sebahagian daripada Terma & Syarat. Sekiranya terdapat penggantungan, atau untuk menyemak apa yang dibenarkan dan apa yang tidak, anda juga perlu merujuk Terma & Syarat, terutamanya bahagian §6.

 Percubaan untuk memintas peraturan permainan atau menggalakkan pemain lain untuk melanggar peraturan permainan akan dianggap sebagai pelanggaran dan akan dihukum dengan sewajarnya. Semua peraturan permainan masih dikenakan terhadap pemain yang ingin menghapuskan akaun mereka atau sedang menghapuskan akaun mereka.

§ 1. Akaun

  • § 1.1.a Setiap pemain hanya boleh memiliki dan bermain satu akaun bagi setiap dunia permainan.
     
  • § 1.1.b Akaun mesti selalu dimainkan untuk kepentingan sendiri atau kepentingan konfederasinya. Akaun yang wujud untuk kepentingan akaun di luar konfederasi atau persekutuan yang sama boleh dilarang dan dihapuskan secara kekal. Akaun yang mendapat keuntungan dari akaun yang wujud untuk kepentingannya boleh dihukum berat.
     
  • § 1.2 Pemilik akaun adalah pemilik alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun tersebut. Jika anda mahu mengubah alamat e-mel tersebut, anda boleh melakukannya di akaun anda (Profil -> Akaun) menggunakan pilihan "Ubah alamat e-mel". Sekiranya terdapat keraguan yang sewajarnya, pemain tersebut mungkin diminta menghantar satu emel kepada bahagian Sokongan sebagai bukti daripada alamat e-mel berdaftar akaun tersebut, untuk mengesahkan bahawa dia adalah pemilik akaun tersebut. Kakitangan Travian: Legends tidak sekali-kali akan meminta kata laluan anda.
     
  • § 1.3 Berkongsi kata laluan akaun dengan orang lain tidak dibenarkan kecuali bagi kes "dwiakaun." "Dwiakaun" adalah akaun yang dimainkan oleh dua orang atau lebih. Ini dibenarkan dengan syarat pemain-pemain tersebut tidak terlibat sama ada memiliki atau memainkan mana-mana akaun lain di dalam game world yang sama. Jika seorang pemain ingin memindahkan satu akaun ke akaun yang lain, pemilikan akaun yang pertama mestilah dipindahkan dan kata laluannya ditukar SEBELUM dibenarkan mengakses akaun baru.

     Sekiranya seorang pemain ingin meninggalkan akaun semasa dan membuka akaun baru, pemadaman akaun yang lama mestilah dimulakan dan pemain mestilah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan untuk memaklumkan mengenai perubahan ini. Dalam mana-mana kes ini, pemain ini tidak sepatutnya mengakses akaun yang lama selepas mendapat akses kepada akaun yang baru. Akaun yang tersambung menggunakan “fungsi pengganti” atau dimainkan pada komputer yang sama tidak boleh berkongsi kata laluan yang sama.

     Travian Games GmbH tidak akan membayar ganti rugi kepada pemilik akaun ke atas apa-apa kerugian yang dialami oleh akaun tersebut yang disebabkan oleh orang lain yang mendapat kata laluan akaun tersebut.

     
  • § 1.4 Jika tidak aktif, akaun akan dipadam tidak kurang daripada tujuh hari selepas kali terakhir log masuk.
     
  • § 1.5 Rujukan - Sekiranya terdapat penyalahgunaan sistem rujukan (seperti membuka beberapa akaun yang melanggar §1.1), kedua-dua pihak yang terlibat akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.
     
  • § 1.6 Penyalahgunaan sistem pembayaran dan penggantungan boleh membawa kepada pemadaman akaun tanpa peluang untuk merayu lagi.
     
  • § 1.7 Penyalahgunaan reka bentuk permainan, yang dianggap oleh Perkhidmatan Pelanggan sebagai mengganggu pengalaman permainan pemain lain, boleh disekat.
     
  • § 1.8 Tawaran “Istimewa”, seperti Pek Permulaan Emas, akan dikecualikan daripada Pemindahan Emas. Peruntukan ini akan menggantikan 2.6 di dalam Syarat-syarat.

§ 2. Melantik pengganti akaun

  • § 2.1 Setiap pemain boleh melantik pengganti yang akan menjaga akaun tersebut. Rakan kongsi sesuatu akaun mestilah memainkan akaun ini menggunakan fungsi kongsian dalam permainan. Kata laluan akaun tidak boleh diberikan kepada rakan kongsi. Dilarang menyalahgunakan fungsi pengganti.
     
  • § 2.2 Travian Games GmbH tidak menawarkan bayaran ganti rugi ke atas kerosakan yang disebabkan oleh pengganti. Pemilik akaun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan mana-mana rakan kongsi akaun mereka. Sekiranya rakan kongsi melanggar peraturan atau Syarat-syarat Travian: Legends, kedua-dua pemlik akaun dan rakan kongsi boleh dihukum.
     

§ 3. Penggunaan program luaran

Travian: Legends mestilah dimainkan menggunakan pelayar yang konvensional dan tidak diubah suai. Penggunaan skrip dan/atau bot untuk menjalankan tindakan yang tertentu secara automatik pada akaun tersebut atau untuk mendapatkan ciri premium dilarang.

Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tindakan yang berikut:

  • Menyerbu akaun yang lain secara automatik (dan menghantar gelombang serangan secara automatik)
  • Memulakan pengembaraan secara automatik
  • Membina dan menaik taraf lapangan sumber dan bangunan di kampung secara automatik
  • Mengimbas peta secara automatik
  • Mengimbas statistik pemain lain secara automatik
  • Menolak sumber kepada akaun yang lain secara automatik
  • Melatih askar secara automatik
  • Meletakkan bidaan di dalam lelongan bagi item secara automatik
  • Memulakan sambutan secara automatik
  • Mengimbas kampung sendiri untuk memaparkan sumber kampung dan maklumat di dalam satu tempat
  • Apa-apa tindakan automatik lain yang dilakukan oleh perisian pihak ketiga

Travian Games berhak mendenda pemain yang menggunakan skrip atau bot untuk menjalankan apa-apa tindakan secara automatik secara kekal atau bagi tempoh masa yang tertentu selagi dunia permainan ini aktif.

§ 4. Ralat program

Ralat di dalam permainan tidak boleh digunakan untuk manfaat akaun dan perlu dilaporkan kepada pasukan sokongan. Penyalahgunaan apa-apa ralat boleh dihukum.

§ 5. Penjualan/Pembelian kandungan permainan

Menjual atau membeli perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti akaun, sumber, unit, kampung, Emas, atau perak dilarang sama sekali. Tawaran untuk menjual atau membeli kandungan permainan yang melibatkan wang juga dilarang. Akaun tidak boleh dijual dengan nilai wang.

§ 6. Netika

  • § 6.1 Pemain perlulah sentiasa berkomunikasi dengan sopan.
     
  • § 6.2 Profil, nama kampung atau apa-apa kandungan yang lain yang tidak sesuai boleh disunting oleh Perkhidmatan Pelanggan tanpa amaran. Perikatan dengan nama dan/atau kandungan yang tidak sesuai di dalam profil mereka, forum awam atau mana-mana tempat awam yang lain mungkin dipadam.
     
  • § 6.3 Perlakuan yang berikut dilarang sama sekali: Penyalahgunaan, fitnah, seksis, rasis atau bahasa yang menghina; berkelakuan buruk terhadap mana-mana agama, kaum, bangsa, jantina, kumpulan umur, atau orientasi seksual; ancaman sebenar; menyamar sebagai kakitangan Travian: Legends atau jawatan rasmi di dalam syarikat ini.
     
  • § 6.4 Permainan ini mestilah bebas daripada politik dunia sebenar dan agama.
     
  • § 6.5 Menampal dan memaparkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak dibenarkan.
     
  • § 6.6 Mesej di dalam permainan hanya boleh dipaparkan dengan izin kedua-dua pihak. Memaparkan mesej atau emel kepada atau daripada kakitangan Travian: Legends adalah dilarang, kecuali jika diberikan izin dengan jelas.
     
  • § 6.7 Apa-apa jenis pengiklanan tidak dibenarkan.
     
  • § 6.8 Apa-apa kandungan yang tidak sesuai, yang dianggap oleh Perkhidmatan Pelanggan sebagai mengganggu pengalaman permainan pemain lain, boleh disekat.

§7. Denda

  • §7.1 Sekiranya peraturan atau Terma & Syarat permainan dilanggar, akaun tersebut akan digantung dan boleh dilepaskan dengan hukuman menurut perlanggaran yang berlaku. Nama akaun yang tidak sesuai mungkin ditukar. Apa-apa kerugian sepanjang tempoh penggantungan, termasuk “akaun Tambahan” dan EMas tidak akan diganti oleh Travian Games GmbH. Setiap pemain akan dilayan secara sama rata, tanpa mengira status Emas mereka.
     
  • § 7.2 Penggantungan hanya boleh dibincangkan dengan unit Perkhidmatan Pelanggan melalui portal Perkhidmatan Pelanggan.

    Penggantungan dan hukuman akan dijatuhkan oleh seorang ahli Pasukan Penguatkuasaan Peraturan. Sekiranya terdapat aduan, seorang lagi ahli Pasukan Penguatkuasaan Peraturan akan menyemak semula penggantungan dan hukuman tersebut. Keputusan mereka adalah muktamad.

    Pemain bersetuju bahawa pasukan Travian: Legends tidak boleh mendedahkan mekanisme yang digunakan untuk mengesan perlanggaran, kerana mekanisme tersebut boleh dipintas.

    Penggantungan, pemadaman dan akibatnya tidak boleh dibincangkan secara awam. Pasukan Travian: Legends tidak akan mendedahkan maklumat mengenai penggantungan kepada orang lain selain daripada mereka yang terlibat.
     
  • § 7.3 Akaun berbilang pada pelayan kelajuan dan akaun berbilang dengan populasi yang kurang daripada 100 mungkin dipadam tanpa penggantungan/amaran.


§ 8. Klausa perubahan dan pembetulan peraturan

  • § 8.1 Travian Games GmbH berhak mengubah peraturan ini pada bila-bila masa.
     
  • § 8.2 Jika satu-satu peraturan permainan menjadi tidak berkesan atau tidak sah, kesahan peraturan yang lain tidak akan terjejas. Travian Games GmbH berjanji akan menggantikan peraturan yang tidak efektif dengan peraturan yang baru secepat yang mungkin.
     
  • § 8.3 Sekiranya terdapat maklumat yang tidak konsisten atau bercanggah di antara versi Bahasa Inggeris dengan apa-apa versi bahasa lain bagi penerbitan ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.