Peraturan Permainan

Peraturan permainan ini merupakan sebahagian daripada Syarat-syarat permainan. Sekiranya terdapat penggantungan atau untuk menyemak apa yang dibenarkan dan apa yang tidak, anda juga perlu merujuk  Syarat-syarat permainan, terutama sekali Bahagian §11.

Percubaan untuk memintas peraturan permainan akan dianggap sebagai perlanggaran peraturan permainan dan akan dihukum sewajarnya. Semua peraturan permainan masih dikenakan terhadap pemain yang ingin memadam akaun mereka atau dalam proses untuk memadam akaun mereka.

    • § 1. Akaun
      • §1.1 Setiap pemain hanya boleh memiliki dan memainkan satu akaun bagi setiap game world. Setiap akaun mestilah dimainkan untuk manfaatnya sendiri. Akaun yang dimainkan untuk manfaat akaun lain semata-mata mungkin digantung secara kekal.
      • §1.2 Pemilik akaun adalah pemilik alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun tersebut. Jika anda mahu mengubah alamat e-mel tersebut, anda boleh melakukannya di akaun anda (Profil -> Akaun) menggunakan pilihan "Ubah alamat e-mel". Sekiranya terdapat keraguan yang sewajarnya, pemain tersebut mungkin diminta menghantar satu emel kepada bahagian Sokongan sebagai bukti daripada alamat e-mel berdaftar akaun tersebut, untuk mengesahkan bahawa dia adalah pemilik akaun tersebut. Kakitangan Travian: Legends tidak sekali-kali akan meminta kata laluan anda.
      • §1.3 Berkongsi kata laluan akaun dengan orang lain tidak dibenarkan kecuali bagi kes "dwiakaun". "Dwiakaun" adalah akaun yang dimainkan oleh dua orang atau lebih. Ini dibenarkan dengan syarat pemain-pemain tersebut tidak terlibat sama ada memiliki atau memainkan mana-mana akaun lain di dalam game world yang sama. Jika seorang pemain ingin memindahkan satu akaun ke akaun yang lain, pemilikan akaun yang pertama mestilah dipindahkan terlebih dahulu dan kata laluannya ditukar, atau akaun tersebut dipadam, SEBELUM dibenarkan mengakses akaun baru, atau membuka akaun baru.

        Akaun yang tersambung dengan “fungsi kongsian” atau dimainkan pada komputer yang sama tidak boleh berkongsi kata laluan yang sama. Travian Games GmbH tidak akan membayar ganti rugi kepada pemilik akaun ke atas apa-apa kerugian yang dialami oleh akaun tersebut yang disebabkan oleh orang lain yang mendapat kata laluannya.
      • § 1.4 Jika tidak aktif, akaun akan dipadam tidak kurang daripada tujuh hari selepas kali terakhir log masuk.
      • § 1.5 Rujukan - Sekiranya terdapat penyalahgunaan sistem rujukan (seperti membuka beberapa akaun yang melanggar §1.1), kedua-dua pihak yang terlibat akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

    • § 2. Menjaga dan menggunakan komputer yang sama
      • § 2.1 Setiap pemain boleh melantik sehingga dua orang rakan kongsi yang menjaga akaun tersebut. Rakan kongsi mestilah memainkan akaun tersebut demi kebaikan akaun tersebut. Penyalahgunaan fungsi ini boleh dihukum. Rakan kongsi sesuatu akaun mestilah memainkan akaun ini menggunakan fungsi kongsian dalam permainan. Kata laluan akaun tidak boleh diberikan kepada rakan kongsi.

        Travian Games GmbH tidak menawarkan bayaran ganti rugi ke atas kerosakan yang disebabkan oleh rakan kongsi. Pemilik akaun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan mana-mana rakan kongsi akaun mereka. Sekiranya rakan kongsi melanggar peraturan atau Syarat-syarat Travian: Legends, kedua-dua pemlik akaun dan rakan kongsi boleh dihukum.

    • § 3. Penggunaan program luaran

    • Travian: Legends mestilah dimainkan menggunakan penyemak imbas yang tidak diubah suai dan konvensional. Penggunaan skrip dan/atau bot untuk menjalankan tindakan yang tertentu secara automatik pada akaun tersebut atau untuk mendapatkan ciri premium dilarang.

    • § 4. Ralat program

    • Ralat di dalam permainan tidak boleh digunakan untuk manfaat akaun dan perlu dilaporkan kepada pasukan sokongan. Penyalahgunaan apa-apa ralat boleh dihukum.

    • § 5. Menjual/membeli akaun

    • Menjual atau membeli akaun, sumber, unit, kampung, Emas, perak atau perkhidmatan daripada pihak ketiga dilarang sama sekali. Akaun tidak boleh dijual dengan nilai wang.

    • §6. Netika
      • § 6.1 Pemain perlulah sentiasa berkomunikasi dengan sopan.
      • § 6.2 Profil, nama kampung atau apa-apa kandungan yang lain yang tidak sesuai mungkin disunting oleh penyiasat kami tanpa amaran. Perikatan dengan nama dan/atau kandungan yang tidak sesuai di dalam profil mereka, forum awam atau mana-mana tempat awam yang lain mungkin dipadam.
      • § 6.3 Perlakuan yang berikut dilarang sama sekali: Penyalahgunaan, fitnah, seksis, rasis atau bahasa yang menghina; berkelakuan buruk terhadap mana-mana agama, kaum, bangsa, jantina, kumpulan umur, atau orientasi seksual; ancaman sebenar; menyamar sebagai kakitangan Travian: Legends atau jawatan rasmi di dalam syarikat ini.
      • § 6.4 Permainan ini mestilah bebas daripada politik dunia sebenar.
      • § 6.5 Menampal dan memaparkan bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak dibenarkan.
      • § 6.6 Mesej di dalam permainan hanya boleh dipaparkan dengan izin kedua-dua pihak. Memaparkan mesej atau emel kepada atau daripada kakitangan Travian: Legends adalah dilarang, kecuali jika diberikan izin dengan jelas.
      • § 6.7 Apa-apa jenis pengiklanan tidak dibenarkan.

    • §7. Denda
      • §7.1 Sekiranya peraturan atau Syarat-syarat permainan dilanggar, akaun tersebut akan digantung dan boleh dilepaskan dengan hukuman menurut perlanggaran yang berlaku. Nama akaun yang tidak sesuai mungkin diubah. Apa-apa kerugian sepanjang tempoh penggantungan, termasuk “akaun Tambahan” dan EMas tidak akan diganti oleh Travian Games GmbH. Setiap pemain akan dilayan secara sama rata, tanpa mengira status Emas mereka.
      • § 7.2 Penggantungan hanya boleh dirunding dengan penyiasat kami melalui mesej dalam permainan atau dengan pengurus komuniti (admin@travian.com) jika pemain tidak berpuas hati dengan keputusan penyiasat. Penggantungan, pemadaman dan akibatnya tidak boleh dibincangkan secara awam. Pasukan Travian: Legends tidak akan mendedahkan maklumat mengenai penggantungan kepada orang selain daripada mereka yang terlibat.
      • § 7.3 Akaun pelbagai pada pelayan yang laju dan akaun pelbagai dengan populasi lebih rendah daripada 100 mungkin dipadam tanpa penggantungan/amaran.

    • § 8. Klausa perubahan dan pembetulan peraturan
      • § 8.1 Travian Games GmbH berhak mengubah peraturan ini ada bila-bila masa.
      • § 8.2 Jika satu-satu peraturan permainan menjadi tidak efektif atau tidak sah, kesahan peraturan yang lain tidak akan terjejas. Travian Games GmbH berjanji akan menggantikan peraturan yang tidak efektif dengan peraturan yang baru secepat yang mungkin.