Pilih lagenda anda

Si Penukul

Anda sentiasa mengetuai perubahan. Anda adalah mata tombak atau asakan yang berjaya menjatuhkan dinding yang pertama. Peperangan membawa nama anda dan musuh gerun mendengar nama anda. Tidak lama lagi anda akan mengetuai tentera yang besar dan merampas tanah-tanah pendudukan tanpa belas kasihan. Tetapi jangan tersilap langkah - jalan ini bukannya mudah. Jika anda tidak dapat bertahan dalam persaingan, ini bukan untuk anda. Tetapi sekiranya anda sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan ganjaran dan kemenangan - sertai kami. Jadilah si penukul.

Coming soon

Bangunkan tentera anda

Adakah anda ingin mengetuai segerombolan tentera seluas pandangan, yang menyebabkan musuh anda lari bertempiaran? Atau adakah anda lebih suka sekumpulan pakar tentera, memukul satu dozen musuh tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Cara anda mendominasi bergantung pada anda. Dan jangan risau mengenai pertahanan. Tiada sesiapa pun yang ingin tentera anda datang ke tempat mereka.

Serbu, takluk dan buat kacau

Strategi kegemaran anda bermula dengan amukan. Mengapa buang masa mengutip sumber, apabila anda boleh mengetuk pintu jiran anda dan meminta jasa baik mereka. Hapuskan musuh yang sama dan orang yang tidak dikenali akan menjadi rakan anda. Dan rakan-rakan anda akan menyumbangkan sumber dengan gembiranya untuk mengekalkan keamanan. Tidak lama lagi, cerita mengenai wira yang akan mengambil apa sahaja yang dia inginkan dan permintaan anda akan dipenuhi.

Andalah juara

Adakah anda akan menakluki kampung mereka atau bakar mereka hidup-hidup? Bangunan yang manakah yang akan bertempur dengan lastik anda dahulu? Sesetengah keputusan lebih sukar dibuat, tetapi anda tidak perlu membuat keputusan sendiri. Cari beberapa sekutu, menambah kuasa anda dan serang dari semua sudut. Jangan pilih cara untuk melawan – pilih cara untuk menang.

"Wira sebenar akan mengambil apa sahaja yang dia boleh."

Lebih Keras dari Keluli

Kekalkan kedudukan anda. Lancarkan serangan demi serangan sehingga mereka penat dan terdesak. Jangan buang masa anda dengan perlawanan yang kecil-kecil. Tumpukan pada jangka masa panjang. Tidak lama lagi, saiz dinding anda akan memusnahkan apa-apa harapan untuk ditawan dan kampung kecil musuh anda akan hidup di bawah bayangan kubu anda. Susunan strategi anda tidak akan sia-sia. Bergabunglah, bentuklah kuasa yang teragung dan tamatkan peperangan ini mengikut cara anda.

Coming soon

Fikir Jangka Masa Panjang

Masa adalah musuh terbesar anda. Dengan setiap musuh yang tewas, kedudukan anda mengukuh. Asah senjata anda dan cipta senjata yang lebih kuat sehingga tentera anda dapat mengalahkan semua orang di medan peperangan. Luaskan empayar anda dengan penempatan baru, percepatkan pembinaan bangunan terkhusus dan laburkan ke arah masyarakat yang berbudaya dan sihat. Dengan asas yang kukuh, anda akan mengalahkan lawan anda sehingga tiba masanya untuk pencapaian terhebat anda.

Pelindung Rakyat

Tentera anda tidak perlu menangkap lalat di kampung anda. Lemahkan lawan anda dengan menghantar secara rahsia sokongan kepada jiran-jiran anda. Tiada yang lebih memuaskan daripada tentera yang tidak bersedia memasuki kubu anda. Membantu rakan membawa seribu faedah. Selain sumber dan bantuan, ikatan pertahanan yang kuat akan memastikan anda sentiasa bebas daripada masalah. Dengan keberanian dan perlindungan anda, datangnya kuasa diplomatik.

Jadilah Ahli Pasukan yang Aktif

Keputusan perikatan akan menyebelahi anda apabila mereka bergantung pada pertahanan anda. Pastikan anda menyokong perikatan lagi dan menjadi gam yang memegang gabungan-gabungan yang anda. Sementara orang lain berlawan untuk memiliki artifak yang berkuasa, anda dilindungi dan selamat. Dan apabila perikatan anda membina Keajaiban Dunia, anda akan menjadi penjaganya. Dengan kuasa gabungan seluruh perikatan anda di dalam kubu anda, kemenangan milik anda.

"Pemenang sebenar akan berdiri megah di penghujungnya."

Jadilah Ketua yang Hebat

Tanpa ketua, empayar tidak akan wujud. Jadilah tumpuan perikatan anda dan bawa perikatan anda ke arah kemenangan yang terbesar. Dengan kepakaran diplomatik anda, anda boleh mendapatkan penyelesaian yang tidak didapati oleh orang lain. Aturkan triti yang menjadikan domain anda tidak boleh disentuh. Fikirkan strategi yang licik, laga-lagakan musuh-musuh anda dan ambil semua tindakan yang boleh sehingga seluruh dunia mengikuti kehendak anda. Mainkan rentak peperangan mengikut suka anda.

Coming soon

Ejen yang Petah

Komunikasi merupakan senjata anda yang paling berkuasa. Pastikan semangat perikatan anda sentiasa tinggi dan selesaikan masalah sebelum ianya timbul. Gabungan akan bergantung pada kemahiran diplomatik anda untuk meredakan ketegangan dan memikirkan rancangan yang memuaskan semua pihak. Runding dengan musuh anda secara tegas dan pastikan mereka jelas bahawa perikatan anda tidak akan mengalah. Ancaman sini sana tidak akan menyakiti sesiapa. Sekurang-kurangnya bukan di sebelah anda.

Mentor yang Bijak

Ketua yang kuat akan memberikan inspirasi kepada orang lain. Tariklah ahli baru dan fikirkan strategi individu supaya mereka akan menjadi aset yang berkuasa. Berikan sokongan kepada penasihat yang berbakat dan jadikan mereka ketua yang berwibawa. Anda akan berperang di sisi teman yang boleh dipercayai dan membina persahabatan yang boleh mengalahkan dunia permainan. Anda merupakan gear yang menukarkan sekumpulan orang yang tidak saling mengenali menjadi kerja sama yang sempurna.

Strategi yang Licik

Ahli perikatan anda bergantung pada anda di masa-masa yang memerlukan. Susun pertahanan yang pantas bertindak dan jangan beri peluang langsung kepada musuh anda. Bertindaklah dengan bijak dan menangi pertempuran tanpa kehilangan seorang askar pun. Anda akan mengatur serangan berskala epik seperti itu, dan ianya akan menjadi kisah dongeng yang diketahui ramai. Apabila tiba masanya, fikirkan strategi yang memakan masa berbulan dan nikmati perlaksanaannya yang sempurna.

"Pandu arah dunia ini mengikut arahan anda."