Rakan dan Lawan

Pengalaman MMO yang Sebenar

Anda tidak keseorangan di Travian: Legends. Dunia ini hidup dan sentiasa berubah, hasil daripada komuniti yang besar yang berinteraksi di dalam perikatan, perdagangan dan peperangan. Setiap permainan mempunyai cerita yang berbeza. Misi kolektif di tengah malam, yang mencabar dari segala segi dan menguji persahabatan.  Setiap tindakan mempunyai impak, setiap keputusan mempunyai akibat. Cari penempatan berdekatan dengan rakan-rakan anda – atau terus bertindak.

Coming soon

Perikatan yang Berkekalan

Travian menawarkan banyak peluang untuk bekerjasama. Hubungi jiran anda, bergabunglah melawan ancaman bersama dan jadilah rakan sejati. Belajar daripada mentor yang berpengalaman yang akan memandu anda melalui dunia-dunia yang ada sehingga anda sendiri menjadi mentor. Sesetengah perikatan bergabung di setiap pelayan dan mempunyai persahabatan di luar permainan. Saling menyokong dan kembali bersatu selepas setiap perlawanan menjalin ikatan dengan memori yang menakjubkan.

Perlawanan dan Istimewa

Anda tidak akan bosan di Travian: Legends. Setiap tahun, versi istimewa akan muncul yang akan membawa nafas baru kepada Travian yang klasik. Perjalanan epik kini berterusan melalui Eropah, dengan orang Gaul, Rom dan Teuton bertempur untuk mengawal kawasan mereka. Perlawanan tahunan memberi anda peluang untuk melawan pemain-pemain yang terbaik di dunia. Anda boleh mendapatkan banyak hadiah dan kemasyhuran selama-lamanya.

Forum dan Acara

Sertai komuniti yang bersemangat dan berfikiran sama seperti anda. Forum adalah tempat terbaik untuk mendapatkan nasihat, membincangkan strategi, mencari sekutu untuk permainan yang seterusnya atau hanya untuk bergurau senda. Nantikan acara-acara yang disediakan oleh Travian Games. Acara, seperti parti hari jadi ke-10, di mana pemain dan pemaju bertemu di dunia sebenar, berkongsi cerita, bergelak ketawa dan bermain permainan sehingga lewat malam.

"Permainan yang dipacu oleh komunitinya."