Kemenangan Terakhir
Keajaiban Dunia
Segala yang anda ada adalah untuk tugasan ini. Gunung putih dan emas buatan manusia, dengan sejumlah taman dan sungai, memantulkan cahaya matahari yang sangat cantik. Pencapaian terbesar anda. Dengan membina Keajaiban Dunia, anda akan meninggalkan tanda di dalam buku sejarah Travian. Seluruh dunia permainan akan berebut untuk mencapai puncak pencapaian manusia ini, tetapi hanya satu perikatan akan berjaya.

Acara Kemuncak
Selamat datang ke cabaran terbesar. Untuk berjaya, anda memerlukan tentera dan sumber dalam jumlah yang tidak diketahui. Perikatan anda perlu memberikan prestasi terbaik mereka semasa menyelaras bangunan Keajaiban Dunia dan mempertahankannya daripada kuasa-kuasa gabungan yang lain – tanpa menjejaskan pertahanan mereka sendiri. Anda juga perlu menghapuskan lawan anda supaya mereka tidak dapat mengalahkan anda. Perlumbaan telah bermula.
Peninggalan Purba
Dalam pengembaraan anda, anda akan menemui kubu tamadun yang lama, Natar. Kini, mereka hanya tinggal bayang-bayang sahaja, tetapi kehandalan dan kelicikan mereka masih yang terhebat. Perlahan-lahan, puak lain telah mula melepasi mereka dari segi saiz dan puak Natar telah lari bersembunyi, mempertahankan habis-habisan artifak mereka. Jika anda berjaya memiliki peninggalan tersebut, anda akan mendapat kekuatan yang terulung di dalam tangan anda. Tetapi hati-hati – seluruh dunia mahukannya. Dan anda akan menjadi tumpuan mereka.

Kuasa yang Pelik
Peninggalan pengetahuan purba ini mempunyai kuasa yang tidak boleh dipercayai oleh manusia biasa. Letakkan satu di dalam kampung anda dan perhatikan bangunan anda mengeras dan dinding anda tidak dapat ditembusi. Peninggalan lain mempertingkatkan semangat tentera anda dan membolehkan tentera anda menyempurnakan latihan mereka dengan lebih cepat. Artifak yang paling unik mempunyai kuasa yang akan mempengaruhi seluruh empayar anda - dari sempadan selatan sehinggalah sempadan utara.
Pengembaraan Keberanian
Anda adalah wira kampung anda. Akan ada peluang yang sangat berbahaya, hanya mereka yang paling berani akan mengambilnya. Bisikan raksasa yang membawa maut, khabar angin mengenai harta yang berhantu dan jeritan meminta tolong yang tentunya palsu. Mereka memanggil anda. Pergilah mengembara dan jika anda bernasib baik, anda akan menemui banyak sumber, harta dan senjata yang berkuasa.
Istimewa Tahunan
Di dalam acara istimewa tahunan di Travian: Legends, ciri-ciri baru yang menyeronokkan sentiasa ditambah. Yang terbaru, perikatan saling berebut untuk mengawal kawasan Eropah purba. Kerjasama merupakan aset yang paling penting, kerana hanya perikatan yang mempunyai majoriti boleh menggunakan kuasa tempatan. Selain itu, pemain boleh menyumbangkan dana untuk pembangunan usaha sama di bidang metalurgi atau perdagangan yang akan memanfaatkan semua ahli perikatan.